Corat-Coret Persidangan

Pencalonan G2 luar dari kebiasaan di Gugusan Matahari
19/06/2009 – Persidangan Tahunan Pemuda UMNO Cawangan Gugusan Matahari hari ini mencalonkan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang, Sdra. Che Ramli Bin Tausa sebagai wakil G2 walaupun Sdra. Che Ramli memang secara automatiknya menjadi wakil Pemuda UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia. Sementara itu, Us. Wan Sobri yang turut dicalonkan oleh Pemuda UMNO cawangan berkenaan, menyatakan bahawa beliau tidak berhasrat untuk menjadi Wakil G2 pada tahun ini.

Tarikh Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Subang
18/06/2009 – Tarikh Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Subang dicadangkan pada hari Ahad, 19 Julai 2009 di Pusat Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) Sg. Buloh. Walaubagaimanapun, tarikh dan lokasi sebenar hanya akan diputuskan di dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan yang akan diadakan tidak lama lagi.

Terima kasih atas pencalonan, namun…
16/06/2009 – Sdra. Mohd Shaiful Azham dan Sdra. Iznan Saffrizan yang dicalonkan sebagai Wakil G2 oleh Pemuda UMNO Cawangan Kubu Gajah Luar, hari ini menyatakan rasa terima kasih mereka atas pencalonan tersebut namun kedua-duanya tidak berhasrat untuk menawarkan diri masing-masing sebagai calon wakil Pemuda UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia.

Pencalonan G2 sebagai hadiah perkahwinan Eddie
Pemuda UMNO Cawangan Rumah Pangsa Fasa 2 BBSB mencalonkan Sdra. Eddie Aswad sebagai salah seorang Wakil G2 sebagai hadiah perkahwinan buat beliau yang telah melangsungkan majlis persandingannya pada 7 Jun yang lalu. Sdra. Eddie ketika ditemui selepas dicalonkan, menyatakan bahawa beliau tidak berhasrat untuk menjadi wakil Pemuda UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia.

“Saya tidak pernah tawarkan diri” – Fakhrul
Persoalan yang bermain di fikiran rakan-rakan Pemuda berkenaan status pencalonan Sdra. Fakhrul-Azmi terjawab apabila beliau menyatakan bahawa beliau tidak pernah menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai wakil Pemuda UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia. Namun, menurut beliau lagi, terpulanglah kepada Pemuda UMNO Cawangan untuk mencalonkan beliau ataupun tidak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan