Selamat Bersidang!

Assalaamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah, sekali lagi ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai ahli parti dengan menjalankan persidangan tahunan di cawangan masing-masing dan menghantar wakil mereka ke Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Subang bagi tahun 2009.

Buat kali kedua juga, pemudasubang.com membawakan kepada anda laman khas ini sebagai rujukan ahli-ahli Pemuda yang ingin mengetahui jadual persidangan yang diadakan dan mengikuti persaingan antara ahli-ahli Pemuda yang dicalonkan sebagai wakil ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia (Wakil G2).

Turut dimuatkan, maklumat terkini dan hebahan serta perkara-perkara berkaitan dengan urusan persidangan.

Walaubagaimanapun, pemudasubang.com tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kerugian yang dialami, sekiranya anda menggunakan maklumat dari laman khas ini dengan apa jua cara sekali pun.

Terima kasih dan Selamat Bersidang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan