Menjelang 19 Julai...

KOTA DAMANSARA, 13 Julai - Satu mesyuarat khas diadakan yang dipengerusikan oleh Cikgu Ramli sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana.

Mesyuarat yang dihadiri oleh Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelaksana itu bertujuan untuk menilai perkembangan persediaan dan peruntukan yang diperlukan bagi menjayakan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Subang 2009 di The Club pada 19 Julai nanti.

Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Subang 2009 telah mengadakan mesyuarat sulungnya pada 1 Julai yang lalu dengan pembentukan jawatankuasa-jawatankuasa kecil pelaksana seperti berikut :

JAWATANKUASA USUL - Us. Hj. Wan Sobri, Sdra. Ahmad Nizam, Sdra. Firmansyah dan Sdra. Saifulanuar

JAWATANKUASA PENDAFTARAN - Sdra. Eddie Aswad dan Sdra. Zaidi Ibrahim

JAWATANKUASA SAMBUTAN & HIASAN LUAR - Sdra. Mazalan dan Sdra. Mohd Faheedi

JAWATANKUASA HIASAN DALAMAN & BACKDROP - Sdra. Mohd Shahril, Sdra. Suhaimi dan Sdra. Mohd Mahzuz

JAWATANKUASA PERALATAN PERSIDANGAN & JEMPUTAN - Sdra. Zulfakar dan Sdra. Ibrahim

JAWATANKUASA KEDUDUKAN PERWAKILAN & TETAMU - Sdra. Amiruddin, Sdra. Kosim dan Sdra. Iznan Saffrizan

JAWATANKUASA PEMILIHAN & PROTOKOL - Sdra. Md Jaafar dan Hj. Shahrizal

JAWATANKUASA JAMUAN - Sdra. Mohd Shuhib dan Sdra. Mohd Shaiful Azham

PENGACARA MAJLIS - Sdra. Fakhrul Azmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan