Tahniah Pemuda Subang!

SUBANG, 30 Jun - Sembilan cawangan Pemuda UMNO Bahagian Subang yang bersidang hari ini, mengakhiri musim persidangan tahunan peringkat cawangan bagi tahun 2009 yang bermula sejak 15 Mei yang lalu.

Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO yang dapat menjalankan persidangan di cawangan masing-masing dengan jayanya dan sempurna.

Walaupun ada beberapa cawangan Pemuda UMNO Bahagian Subang yang tidak dapat bersidang kerana masalah teknikal, adalah diharapkan rakan-rakan ahli Pemuda yang terbabit akan terus memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan misi Pemuda UMNO Bahagian Subang untuk memenangi Pilihan Raya Umum yang bakal diadakan, insyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan