Siapa Wakil G2 pilihan anda?

Sdra. Zulfakar mengocak kertas cabutan nombor calon sambil diperhatikan oleh Sdra. Che Ramli dan calon-calon G2 (dari sebelah kanan Sdra. Zulfakar : Sdra. Mohamad Farid, Sdra. Mohd Rafiq, Sdra. Suhaimi, Sdra. Nazarudin dan wakil Sdra. Zaidi).

KOTA DAMANSARA, 13 Julai - Seramai 19 orang ahli Pemuda telah dicalonkan oleh Pemuda-Pemuda UMNO Cawangan yang telah bersidang dari 30 Mei hingga 30 Jun yang lalu sebagai Wakil Pemuda UMNO Bahagian Subang ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia Tahun 2009.

Dari jumlah itu, hanya 10 orang yang melepasi kuota pencalonan untuk melayakkan dirinya bertanding bagi kerusi perwakilan tersebut.

Dari jumlah 10 orang ahli yang layak itu juga, hanya 5 sahaja yang mengesahkan penerimaan pencalonan mereka.

5 orang Ahli Pemuda ini telah diundang ke Pejabat UMNO Bahagian oleh pihak Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian, Sdra. Zulfakar untuk membuat cabutan nombor calon.

Nombor berkenaan akan digunakan oleh para perwakilan di Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Subang pada 19 Julai ini untuk memilih 2 orang wakil Pemuda UMNO Subang ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia (Wakil G2).

Berikut adalah keputusan cabutan nombor calon :

NAMA CALONNO. CALON
Suhaimi Bin Abdul Wahab
Caw. Desa Jaya, Bukit Lanjan
01
Zaidi Bin Ibrahim
Caw. Taman Subang Baru, Kota Damansara
02
Nazarudin Bin Mohd Nazir
Caw. Flat Sri Cempaka, Bandar Sri Damansara, Bukit Lanjan
03
Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Caw. Dataran Ehsan, Paya Jaras
04
Mohamad Farid Bin Mat Saat
Caw. Taman Bukit Desa, Paya Jaras
05

Tiada ulasan:

Catat Ulasan